Hampir semuanya menyebut tentang hati. Ya, hati manusia ni umpama kaca. Sangat mudah retak, kadang-kadang hati tu sendiri rasa tertusuk-tusuk tajam. Macam kaca ditusuk kaca pulak jadinya. Erk!
Bila mudah retak, mudah jugaklah pecah berderai, ye dak? Sebab tu komen-komen mereka ni, bila kaca dah pecah berderai susah nak sambung balik. Kaca kalo pecah, sambung balik guna gam Uhu atau gam Gajah pun takkan sama macam dulu, dah jadi buruk.
That's why, dalam persahabatan, jagalah hati sahabat-sahabat di sekeliling kita. Hatta kawan baik sekalipun, bila sekali tercalar hatinya, pasti akan tinggal calar tu sampai bila-bila walaupun dah saling bermaafan. Orang kata, barang yang lepas tak perlu diingat lagi, tapi tu orang kata... Kita ni, kadang-kadang susah juga nak melupakan, ye tak? Ke salah? Err...
Diorang kata bila dah pecah berderai, eloklah beli baru. Tapi pasti tak sama dengan yang dulu. Haa... Cane nak elakkan tak sama dengan yang dulu tu???
Usaha untuk elakkan daripada pecah... Hati-hati dalam menjaga hati~ ;)
::don't be afraid before you try ::