|
Cinta... "jalan" baik2... (': |
Assalamualaikum.
Post kali ni agak serius dalam senyum. (: Tentang Cinta. Wah! Cinta...cinta pada manusiakah? Tumbuhan atau ape ye?
Okay, kat sini saye nak bawa satu kongsi untuk anda semua. anggaplah ini cerita rekaan , insan hina penuh khilaf... (': ambillah pengajaran ye...
***
Kisah ni kisah tentang seorang lelaki soleh dan seorang perempuan yang dalam perjalanan mensolehahkan dirinya... Ditakdirkan Allah, mereka bertemu dan menyimpan sesuatu perasaan yang ehem3... aneh mungkin? suka, sayang atau ape? mungkin juga cinta. Wah! ape itu cinta??? Ok, xpe. just teruskan dengan kisah ni dulu... Haa... tapi diorang simpan je rase aneh tu. tak luah pun. Sampailah satu hari ni lelaki soleh tu meluahkan...(sms ja).Perempuan tu sukelah kan (tapi suka dalam hati je). Then, pura2 tanya,
"Kenapa awak suka saye?"
Lelaki soleh menjawab, "sebab awak ade ciri2 wanita idaman saye bla bla bla..."
Perempuan tu balas, "tapi saye tak layak untuk orang soleh macam awak."
Lelaki tu jawab lagi, "kalau awak tahu kisah hidup saye dulu, awak akan tahu kenapa saye jadi macam ni sekarang."
Ekceli kan, perempuan tu dah tahu sket2 pasal lelaki tu.. ^_^ Then, bermesejlah mereka. (kadang2, tak selalu). Tapi tapi tapi... syaitan tu kan bersifat jahat. die campakkan rase rindu plus minus asyik teringat kat die je... sedangkan itu juga zina. Zina Hati!
Menyedari perbuatan tu salah,si lelaki soleh ni pun mesejla perempuan tu.. macam ni lebih kurang...
Awak... saye tahu, apa yang berlaku kat kita ni adalah ujian Allah mengikut kedudukan seseorang di sisi Allah. Semakin dekat seseorang tu dengan Allah, maka lebih kuat ujianNya...tapi sampai sekarang saye masih belum lagi lepas ujian ni. jika kita lepas ujian ni, nescaya Allah tingkatkan kedudukan kita di sisinya. Dan itulah yang saye harapkan. Memang saye cintakan awak. Tapi saye lebih cintakan Allah dan RasulNya... Saye tahu, susah untuk kawal perasaan ni. sekarang ni, saye rase macam dah jauh dari Allah. Rase lain sangat sekarang ni. Jadi, same2lah kita muhasabah dan islah diri. Sempat bermuhasabah tadi dan Allah tunjuk jalan. saye rase, lepas ni, saye tak pakai lagi nombor ni. saye harap awak faham. insyaAllah satu hari nanti saye akan "jemput" awak. masih belum terlambat untuk betulkan langkah.insyaAllah. jaga diri ye. Jangan tertipu dengan dunia yang menipu. Jagalah aurat dengan sempurna walau dalam keadaan ape sekalipun. dahulukan agama dari segalanya.Wanita, tempat yang paling afdhal untuk solat adalah di rumah. jika di masjid, di saf paling belakang (hadis). Cubalah jadi contoh kepada wanita lain. kerana seorang wanita solehah itu lebih mulia dari 100 orang wali Allah. Kalau ada masalah, rujuklah pada Allah dan orang2 yang ahli.Saye tak paksa awak tunggu saye tapi insyaAllah saye akan "jemput" awak.Semoga Allah temukan kita dalam keadaan yang Allah redha... Amin....
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. jika engkau hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku..."
Imam Nawawi
Ehem... so, sayang2ku.. macam mane? dapat tak ape yang saye cube sampaikan? Oh ye, sebelum terlupa, lelaki soleh tu Allah kurniakan dia dengan IQ yang mantap. Subhanallah! Die dapat fly ke overseas. dapat anugerah Best Achiever Cambridge A-Level Programme dll... Relation dengan Allah, al-Quran, manusia semua dia jaga. Senang kata. seimbang duniawi ukhrawi!
Jadi, ibrah yang saye nak kongsi adalah...
dahulukan cinta tuhan segala cinta!
Semak semula pesanan2 lelaki soleh tu pada si perempuan. Utamakan agama dari segalanya... Kalau ade masalah, rujuklah pada Allah dll... Nak minta ape2, sume kat Allah. Tanpa izinNya, kite takkan pernah dapat ape yang kite hajati. Nak jadi orang cemerlang, for sure kena usaha tapi dalam masa yang sama, kena mintak selalu dengan Dia. InsyaAllah Dia makbulkan. Tak dapat kat dunia, if kita sabar, syukur, redha, kita akan dapat semua tu kat syurga. Setuju tak?^^
Jadi point pentingnya, doa selalu agar cinta kita "berjalan" dengan penuh hati2 demi menuju ke destinasi indah yang diharap2kan! Absolutely Jannah! Tak mustahil kan? sebab Allah kan ada? ^_^
Nak share jugak benda ni. (:
3 perkara capai kemanisan iman
1. Cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya
2. Sayangkan sahabat lebih dari menyayangi diri sendiri
3. Meninggalkan perkara buruk yang pernah dilakukan
Last but not least, saye cinta awak semua! Cinta kerana Allah atas landasan Islam yang awesome! Moga jumpa lagi kat syurga... (':
Doa banyak2 moga nama kita ada dalam senarai ahli syurga. Then sambung berkasih sayang kat sana! Amin... =)
Salam mujahadah! ^_^