.....CINTA....Apa Itu Cinta..????Nasik Lemak Kah?..Kopi Kah?..Ermmmm....
LOVE Atau Cinta... Pengertian Mengenai Percintaan...
...Perasaan Seseorang Lelaki Ingin Menyintai Perempuan Atau Sebaliknya...
Tetapi CINTA yang Hakiki adalah 3.. cinta yang perlu diletakkan paling atas dalam hati setiap insan...
1-Cinta kepada Allah
2-Cinta Kepada Rasul
3-Cinta Kepada Jihad
Islam menyeru kepada CINTA iaitu Cinta kepada Allah..cinta kepada Rasul..cinta kepada jihad..cinta kepada Agama..cinta Kepada Aqidah juga cinta kepada Mahkluk..sepertimana Allah Menyediakan kecintaan suami isteri sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNYA..Cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam aqidah orang mukmin..samada dalam kehidupan beragama..bersosial..mahupun kepercayaan..IMAN dalam ISLAM ditegakkan berdasarkan CINTA dan berkasih sayang..
Cinta adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa..membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa..cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang..penuh dengan kasih perasaan cinta dan di cintai..
......CINTA YANG DI ANJURKAN ISLAM......
Cintai Orang Yang Mencintai Allah..tak perlu berdating..tak perlu bergayut kat telipon berjam jam..
Kalau kita betul betul minat pada seseorang perempuan itu..tnylah dia samada dia sudi jadi teman hidup kita suatu hari nanti??..bolehkah dia berjanji setia sekiranya ada jodoh??..kalau perempuam itu kata OK...(cantikkkkkk)..cukuplah sekadar kita tahu yg kita saling menyintai..langkah seterusnya TAWAQAL kepada Allah..
Allah telah menentukan pasangan yang terbaik untuk kita..
......BILA HATI DAH BERKENAN APA YANG PERLU KITA BUAT???(kira dah cinta tahap gaban laa)...
Sebenarnya cara yang Islam Anjurkan untuk mengenali pasangan yang kita cintai adalah dengan MEMINANG..meminang adalah cara Islam untuk membolehkan orang yang meminang melihat orang yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam..Dalam tempoh meminang pasangan boleh mengenali peribadi masing masing..maka tiada sebab mengatakan Islam tidak mengambil berat tentang hati dan perasaan yang hendak mendirikan rumah tangga..
Tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai suami isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara perkara yang boleh dilakukan atau bebas di heret ke sana sini tanpa mengenal batas..
.....ADAKAH ANAK ANAK KITA LUPA ATAU KITA TERLUPA NAK BAGITAHU MEREKA??....
Apa yang paling menyedihkan dan paling mendukacitakan lagi kebanyakan" pelakon pelakon untuk " ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka "muslim"..Adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk "bercinta-cintaan" mengikut konsep muktahkir yg dipegang oleh masyarakat kita??..Pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk "adik angkat" "akak angkat""abang angkat""ayah angkat""mak angkat" "semua yang jenis terangkat"tetap HARAM hukumnya..remaja sudah tergiur dalam keenakan hidangan dunia sehingga tidak sedar lagi membahayakan Iman..dalam kajian secara menyeluruh terhadap realiti dapat di buktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan..sedarkah kita???
......DI PENDEKKAN CERITA.....
Tidak ada ruang atau kebebasan yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan muktahir ini..suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas..SEIKHLAS IKHLASNYA..Sudahkan Kita Sebagai Seorang MuslimYang BERIMAN Kepada Allah Dan Rasul NYA MENGIKAT DIRI Dengan ATURAN ALLAH??..
Jika Ibu salah harap perbetulkan..ibu cuma perhatikan kepincangan pergaulaan kita sekarang..pergaulan yang kita namakan UKHWAH..pergaulan yang kita namakan ISLAM..
......FIKIR FIKIRKAN.....RENUNG RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment