Awal awal cerita dalam novel bab pertama, Nora Elena dirogol oleh orang yang tak dikenalinya semasa pulang dari sekolah.
Kemudian bahagian tengah tu macam biasa le penulis cerita tentang kehidupan Nora Elena yang dah bertunang, kisah dengan tunangnya Eid, dan mula berkembang, Nora bertemu semula Seth. Bagaimana Seth dan Nora kerap bertemu dan rapat. Lepas tu Eid dapat tahu Nora dah tak suci lagi, kemudian putus tunang.
Kehidupan Seth dan Nora dan saat saat romantik macam mana Seth mula menggoda Nora Elena setelah mereka berkahwin. Mesti pembaca tak lupa kan. Bijak penulis membuatkan penonton turut sama terasa aura romantis tu..haha!! Dah la berkhayal sikit sikt ye..
Ada bab bab yang agak tegang dan suspen dekat nak akhir cerita, Seth dan Nora bergaduh, Nora semakin cemburu dengan Yvonne yang disangka kekasih Seth.
Yvonne semakin cemburu dan berdendam untuk merampas semula Seth dari Nora Elena, Yvnonne telah menculik anak Nora dan Seth dan cuba mengugut Seth supaya berkahwin dengan dia baru lah dia serahkan anak kecil tu. Akhirnya berjaya jugak Seth dapatkan semula baby mereka dgn selamat. Yvonne telah meninggal dalam cerita ni, dia mati kemalangan.
Dalam drama tak tau lg, pengarah nak jadikan cerita yg macam mana lak.
No comments:
Post a Comment