Tuesday, July 12, 2011

apa yang dikatakan hati ?

Hati sukar ditafsirkan..... kita sering bayangkan ia secantik ini


Ramai orang kata "Hati-hati dengan hati"

kerana hati seperti seperti api.......mampu meluapkan api kemarahan.....

hati juga kadang kala dikatakan sekeras batu..... sukar menerima sekadar mementingkan soal diri

hati juga sering hanyut dalam gelombang cinta dunia.... dan ramai yang kecewa

Namun,,,,, jika kita mengerti

Hati ini sesejuk ais.... bisa menyejukkan amarah


Hati ini selembut air.....mampu menenangkan jiwa yang resah

kadangkala seperti cahaya yang bisa menerangi jalan




apapun yang dinamakan hati ia adalah segumpal daging yang diciptakannya menjadikan kita berbeza dengan makhluk yang lain.....
jika kita tidak menjaga hati nescaya yang ada cuma
amarah....
benci....
hasad.....
nafsu mazmumah...
namun andai kita menjaganya....
dengan hati ini kita ada keinginan....
dengan hati ini kita ada kasih sayang....
dengan hati ini kita ada kekuatan yang sukar di mengerti

ayuh
kita cari rawatan hati kita

kita jaga

kita rawat

kita baiki dan perbaharui


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


maka: marilah kita hala kan hati kita dengan....



p/s: post ini ditulis ketika ini berwalang hati.... maaf sbb diri ini mengecewakan anda semua..... maaf hati ini gagal melakukan yang terbaik... hati ini tengah lemah.... namun hati ini tahu... hati ini tengah berwalang....lumpuh dengan dugaan yang mendatang,,,,.. DIA menjanjikan kekuatan bagi hambaNYA yang mencari kekuatan... mari kita bina hati itu,,,,,,,,,,,,,,, hati kepadaNYA....

Saturday, July 2, 2011

come back to IPOH

assalammualaikum_smile_

hey sume monink monink 9.16 a.m!!!
sedey sedey esok mao berangkat ke ipoh suda
so, jarangla on9..coz concentrate on learning gitu !!
any way tgok la mybe ada taim free saia update blog
hihihihi..

sume dh kemas juz pacing msok dlm beg je blom
n my project pon dh siap cume tunggu tuk jilid
insyaallah..moga2 pensyarah trima hasil titik peluhku ini
cewahh cewah..

tapi rsa berat diriku meninggalkn TOWN KLIAN INTAN
hahaha...TOWN gitu yeah !!caya la...
coz ak ase dh 7 bulan ta blek ipoh
any way rindu terubat juga kt org ipoh !!hahaha..

1 more juz tinggal 2 sem ja lagi..!
ta sbr dol nk msok sem 6 then habih la .
pstu tunggu- menunggu org msok minang
hahaha...ish mna da calon g, study dlu
ta sabar nk masuk U then gradute !

so...n the last take care, sabar menanti ak pulang
mmbawa segulung DIPLOMA AKAUNTANSI
then doa lah kejayaan ak menempuhi dugaan n cabaran
serta liku- liku kehidupan yg pastinya !!
thank you and express forgiveness
to my PARENTS,
SISTER, BROTHER n my YOUNGER BROTHER !!
coz sabar dgn tletah diriku ini !!

Friday, July 1, 2011

apa itu cinta ??

assalamualaikum ..._smile_


KEAJAIBAN kalimah CINTA dalam kehidupan manusia. Kalimah yang mampu menghidupkan jiwa, juga kalimah yang mampu mematikan hati. Kalimah yang memandu manusia mengenal dirilalu melangkah pasti mencari redha Ilahi, juga kalimah yang melempar manusia jauh ke lembah penuh kehinaan lalu mengharungi lautan dosa dan nista.




Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan penghayatan mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.




atin amat bersetuju untuk mengatakan bahawa cinta itu sebahagian dari nadi kehidupan, juga tanda bahawa kita masih memiliki hati dan perasaan. Terlalu mustahil untuk kita menanggalkan rasa cinta dari hati kita. Bahkan inilah fitrah insani, tanpa perasaan cinta kita tidak akan mampu menjadi insan hakiki.




Islam tidak pernah menghalang untuk cinta bersemi dijiwa-jiwa kita apatah lagi untuk cinta itu mewarnai helaan nafas kita dengan harapan dan perjuangan. Cinta adalah sesuatu yang menghidupkan jiwa, membangunkan cita serta mengobarkan semangat perjuangan ketika manusia berdepan dengan rimba takut dan hampa, ketika awan keraguan menutup pandangan dan harapan serta ketika jiwa-jiwa terasa kerdil dan hina memandang kehidupan. Cinta adalah cahaya ketika jiwa kegelapan dan suram, pembimbing ketika hati lalai dan leka serta penawar ketika luka-luka kehidupan menjaluri hati dan perasaan.


Islam tidak pernah memandang cinta dengan pandangan hina dan buruk tetapi manusia dengan segala kejahilan dan kerakusannya telah mencemari kesucian cinta dengan penuh ketergesaan dan kesombongan. Kejahilan telah menjadikan cinta sebagai sembahan dan ilah (tuhan) baru bagi manusia-manusia yang memburu syurga dunia. Ketergesaan dan kecetekan fikiran telah memperdayakan manusia dengan bisikan kebahagiaan penuh kepuraan. Lalu manusia tersungkur hina dipentas dunia sementara setelah tergadainya segala kemuliaan dan harga diri.


Islam tidak pernah mengancam dosa dan siksa bagi pemilik-pemilik cinta namun dengan kebijaksanaannya syaitan telah menaburi bunga-bunga cinta untuk menghiasi jalan ke Neraka. Lalu kita mengorak langkah meninggalkan keredhaan dan syurga Allah SWT.


Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Benarlah kalau cinta memerlukan persiapan dan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan kebinatangan dan penuh kenistaan. Bila cinta dijagakesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat memupus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keredhaan dari Dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.


Bahkan Islam mengajar kita bahawa cinta itu ada Pemiliknya. Asalkan kita mengenal pemilik hati dan cinta kita maka kita akan hidup mulia. Cinta keluarga, wanita, dunia dan sebagainya adalah sarana atau wasilah untuk kita mencari cintaNya. Kita cintakan segalanya demi cinta kita kepadaNya. Kita menjadi suami atau isteri yang baik demi mencari redhanyalalu kita membangunkan rumahtangga kita dengan penuh kemuliaan dan menjaga panduan dan laranganNya. Bahkan kita melihat anugerah kehidupan inipun sebagai bukti cintaNya lalu kita tersungkur sujud sambil melagukan kesyukuran tak berpenghujung.





Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.



wassalam ..