Tuesday, July 12, 2011

apa yang dikatakan hati ?

Hati sukar ditafsirkan..... kita sering bayangkan ia secantik ini


Ramai orang kata "Hati-hati dengan hati"

kerana hati seperti seperti api.......mampu meluapkan api kemarahan.....

hati juga kadang kala dikatakan sekeras batu..... sukar menerima sekadar mementingkan soal diri

hati juga sering hanyut dalam gelombang cinta dunia.... dan ramai yang kecewa

Namun,,,,, jika kita mengerti

Hati ini sesejuk ais.... bisa menyejukkan amarah


Hati ini selembut air.....mampu menenangkan jiwa yang resah

kadangkala seperti cahaya yang bisa menerangi jalan




apapun yang dinamakan hati ia adalah segumpal daging yang diciptakannya menjadikan kita berbeza dengan makhluk yang lain.....
jika kita tidak menjaga hati nescaya yang ada cuma
amarah....
benci....
hasad.....
nafsu mazmumah...
namun andai kita menjaganya....
dengan hati ini kita ada keinginan....
dengan hati ini kita ada kasih sayang....
dengan hati ini kita ada kekuatan yang sukar di mengerti

ayuh
kita cari rawatan hati kita

kita jaga

kita rawat

kita baiki dan perbaharui


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


maka: marilah kita hala kan hati kita dengan....



p/s: post ini ditulis ketika ini berwalang hati.... maaf sbb diri ini mengecewakan anda semua..... maaf hati ini gagal melakukan yang terbaik... hati ini tengah lemah.... namun hati ini tahu... hati ini tengah berwalang....lumpuh dengan dugaan yang mendatang,,,,.. DIA menjanjikan kekuatan bagi hambaNYA yang mencari kekuatan... mari kita bina hati itu,,,,,,,,,,,,,,, hati kepadaNYA....

No comments:

Post a Comment