Assalamualaikum.
Bertemu lagi! =) pagi yang sunyi, nak share pasal ape agak2? ok, jom tengok.
*TIPS PERKAHWINAN ♥ *
before start tegok la gambar kat atas ni , insyAallah moga moga tuhan jadikan saye n awak2 sume wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh. aminn :) hehehe. btw.. asyraf muslim is hero yang paling saye suke giler arhhh.. klau tegok jerk dia muncul dalam TV tegok la saye mcm org gila jakun teramat lahhh HAHA . pastu ta abeh2 cakap
(kalau lah dia jadi suami aku , alangkah bahgianyer)
tapi sume tuh khayalan lahhh :)
Haa.. sekarang ni ramai blogger2 yg duk cter pasal nikah kahwin ni. so, saye juge nak share something yang insyaAllah bermanfaat untuk kite sume. even awak2 sume belum mendirikan "mahligai kasih", boleh je take part bace bende ni. untuk mase depan.. ok. actually, "tips perkahwinan" ni saye dapat dari blogger lain jugak. mane yang dah bace, takpelahkan. boleh bace lagi. mane yang belum, boleh lah bace... =)
start ye..
1. Ketika mencari calon
Janganlah mencari isteri,tapi carilah ibu untuk anak2 kite. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah untuk anak2 kite.
2. Ketika melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. Ketika akad nikah
Anda berdua bukan bernikah dihadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. Ketika resepsi pernikahan
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana menyia2kan doa mereka.
5. Ketika malam pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. Selama menempuh hidup berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak duri.
7. Ketika biduk rumahtangga goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
8. Ketika belum memiliki anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. Ketika telah memiliki anak
Jangan bahagi cinta anda kepada suami/isteri dan anak anda, tapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak anda masing2 100%.
10. Ketika ekonomi keluarga merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. Ketika ekonomi berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita ketika kita menderita.
12. Ketika anda adalah suami
Boleh bermanja2 kepada isteri tapi jangan lupa untuk bangkit bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
13. Ketika anda adalah isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut tetapi berhasil melakukan semua pekerjaan dengan rasa penuh bertanggungjawab.
14. Ketika mendidik anak
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.
15. Ketika anak bermasalah
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16. Ketika ada pil
Jangan diminum. Cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17. Ketika ingin harmoni dan aman
Gunakan formula 7K.
*Ketaqwaan
*Kasih sayang
*Kesetiaan
*Komunikasi dialogis
*Keterbukaan
*Kejujuran
*Kesabaran
Haa. tamat... Boleh lah plan2 pas nih. (':
tapi tapi tapi yang terutama dan terpenting!
SOLEH ATAU SOLEHAHKAN DIRI DULU.
okay? same2lah kite~ ^_^ ♥
No comments:
Post a Comment