Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban Malam Keampunan

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri pertengahan Syaaban kan? Tak lama lagi Ramadhan! wahhh kejapnya masa berlalu... Seperti yang kita semua tahu, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ni adalah bulan di mana kita boleh perbanyakkan Ibadah, bulan di mana kita boleh pertingkatkan amalan. Selain puasa, bersedekah kita juga boleh memanfaatkannya dengan menyambut malam Lailatul Qadar dan Nisfu Syaaban.

***
Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban. Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban?" Baginda saw menjawab: "Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadHan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Di sini Nabi menyebut dua kelebihan bulan sya’ban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
***
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baruCatatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
***
  • sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini:
    • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
    • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.
    •  Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
    •  Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
    •  Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."



No comments:

Post a Comment