Monday, July 16, 2012

sempurna tu solehah


Assalamualaikum !


***saya ta sempurna bagi awak untuk penuhi apa yang awak inginkan !

tapi ingat saya perlukan bimbingan seorang insan yang sanggup besusah payah seperti ibu & ayah saya telah mendidik sebegitu jugak awak mendidik saya .


setiap orang mahukan teman yang sempurna . "tapi saya ta sempurna untuk awak" . awak cakap ***saya tidak perlu yang sempurna. tahu kenapa? sebab saya nak jadi pembimbing awak , saya nak berada disisi awak untuk berusaha menjadi yang sempurna. Saya na jadi tempat untuk besandar bila awak penat dalam perjalanan untuk menjadi sempurna. dan yang paling penting saya larh orang yang gembira bila awak sempurna nanti ! insyaAllah**

sempurna tu solehah taw awak !



Friday, July 13, 2012

sang pelangi indah

Assalamualaikum !


jangan menagis wahai sang pelangi indah =.=

Allah bagi ujian sebab sayang
Allah bagi ujian sebab kasih
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran
Allah bagi ujian sebab na tingkatkan iman
Allah bagi ujian sebab na kiter kembali mengingati DIA
Allah bagi ujian sebab na kiter sedar kesilapan kiter
Allah bagi ujian sebab na kiter tahu Allah RINDU kiter bercakap dengan DIA
Allah bagi ujian untuk kiter tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau pon susah
&
Allah turunkan hujan sebab na munculkan pelangi 


Jadi jangan putus asa wahai sang pelangi
jangan pernah putus asa 
Rahmat Allah sentiasa ada insyaALLAH !!

ingat ! berhentilarh dari nagis, kesatlarh air mata, lupekanlarh segalanya & senyum . Alhamdulillah . Allah sentiasa sayangkan hamba-nya 



Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban Malam Keampunan

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri pertengahan Syaaban kan? Tak lama lagi Ramadhan! wahhh kejapnya masa berlalu... Seperti yang kita semua tahu, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ni adalah bulan di mana kita boleh perbanyakkan Ibadah, bulan di mana kita boleh pertingkatkan amalan. Selain puasa, bersedekah kita juga boleh memanfaatkannya dengan menyambut malam Lailatul Qadar dan Nisfu Syaaban.

***
Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban. Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban?" Baginda saw menjawab: "Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadHan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Di sini Nabi menyebut dua kelebihan bulan sya’ban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
***
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baruCatatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
***
  • sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini:
    • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
    • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.
    •  Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
    •  Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
    •  Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."